Skip to:Bottom
|
Content

    LAMAN UTAMA      KOLEKSI      PERKHIDMATAN      KEMUDAHAN      SOALAN LAZIM      PETA LAMAN      HUBUNGI KAMI    

F.A.Q

1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan Kuala Lumpur dan cawangannya?  

 Waktu perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur serta cawangannya adalah seperti berikut:

 

HARI

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin

Tutup

Selasa – Jumaat

10.00 pagi – 6.45 petang

Sabtu & Ahad

10.00 pagi – 5.00 petang

 

 

PERKHIDMATAN DITUTUP

Sabtu & ahad minggu pertama setiap bulan

Cuti Am

 

Catatan : Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur tertakluk kepada  pindaan.

 

 2.  Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan dan berapakah kadar bayaran yang dikenakan?

·                 Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah terbuka kepada mereka yang berumur  4 tahun keatas dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kawasan berhampiran.

·                 Berikut adalah kategori keahlian dan kadar bayaran yang dikenakan.

BIL

KATEGORI

HAD UMUR

PENDAFTARAN

(RM)

YURAN TAHUNAN

(RM)

1

Kanak- Kanak

4-12 tahun

-

-

2

Dewasa

13 Tahun Ke Atas

-

-

       

 



 

 

 

 

                

 


 

 3. Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?

 Kadar pinjaman bahan perpustakaan adalah seperti berikut :

 

KATEGORI

BAHAN PINJAMAN

Kanak Kanak

3 buah buku sahaja

Standard

3 Buah buku / 2 Buah buku + 1 CD

Seumur Hidup

7 Buah buku

 ·                 Tempoh pinjaman bahan  adalah selama 14 HARI SAHAJA

·                 Pembaharuan  pinjaman boleh dilakukan melalui kaunter,panggilan telefon dan laman web.

·                 Ianya hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh empat belas (14) hari sahaja.

·                 Pembaharuan melalui telefon dibenarkan dengan syarat tempoh pinjaman belum melepasi  tarikh tamat pinjaman dan tiada rekod denda dikenakan.

 

  4. Sekiranya saya lewat memulangkan buku, berapa kadar bayaran yang akan dikenakan?

·                 Bagi kelewatan memulangkan bahan perpustakaan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:

      o        1 Hari - 14 Hari     : RM0.10 sehari/ naskah (Tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu)

          o      15 Hari ke atas     : RM0.20 sehari/ naskah (Tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu)

  5.       Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di perpustakaan Kuala Lumpur, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur?

 ·                 Buat masa sekarang semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan dimana buku/ bahan tersebut dipinjam sahaja.

 6.       Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?

 ·                 Pengguna boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui gelongsor pemulangan buku (book drop)  yang disediakan diruang lobi perpustakaan.  Perkhidmatan kotak pemulangan buku hanya terdapat diperpustakaan Kuala Lumpur (Dataran Merdeka)  sahaja, buat masa ini.


7.       Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?

 ·                 Perpustakaan Kuala Lumpur  menyediakan kemudahan Komputer Berinternet di Tingkat 2. Pengguna boleh mengakses internet atau membuat tugasan individu. Penggunaan komputer ini  ini tertakluk kepada  syarat-syarat dan kadar bayaran  yang telah ditetapkan

 8.       Adakah Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?

 ·                 Perpustakaan Kuala Lumpur ada menyediakan kemudahan tersebut. Berikut adalah maklumat mengenai dewan serta bilik untuk disewa :

 

BIL

DEWAN/ BILIK

KAPASITI

1

Dewan Mawar

55 orang

2

Dewan Orkid

80 – 100 orang

3

Bilik Melur 1 dan 2

25 orang /bilik

4

Auditorium

148 orang

5

Bilik Perbincangan (1,2 &3)

4-6 orang

6

Galeri

300 orang

 

·         Sila hubungi pihak perpustakaan untuk mendapatkan kadar bayaran setiap bilik.

 

 

Hubungi kami

Perpustakaan Kuala Lumpur
No. 1,
Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur.

Talian Am: +603 2612 3500
Faks: +603 2693 7313
E-mel: kllibrary@dbkl.gov.my
Laman Web: http://kllibrary.dbkl.gov.my

 

Go to:Top of Page