PERATURAN AM

Setiap ahli diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur. Berikut merupakan peraturan yang perlu dipatuhi :

1.        Ahli Perpustakaan Kuala Lumpur yang mendaftar dan sah keahlian sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan Perpustakaan.


2.        Ahli dan pelawat adalah dilarang makan, minum, merokok dan tidur di dalam Perpustakaan.


3.             Ahli dan pelawat dilarang membawa masuk makanan dan minuman di dalam Perpustakaan.


4.      Ahli dan pelawat adalah dilarang dari mengoyak, menconteng atau mengotorkan bahan bacaan ataupun perabot milik Perpustakaan.


5.        Ahli dan pelawat tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman pengguna lain.


6.        Ahli dan pelawat adalah dilarang mengambil gambar di dalam Perpustakaan tanpa mendapat kebenaran pihak pengurusan Perpustakaan.


7.          Ahli dan pelawat adalah dilarang mengalih dan mengubah susunatur perabot dan peralatan di dalam Perpustakaan.


8.          Bahan-bahan Rujukan di tingkat 2 adalah dilarang dibawa turun atau sebaliknya oleh ahli atau pelawat melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertugas.


9.         Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk beg (melainkan beg tangan sahaja), payung, bungkusan, topi keledar, pisau, gunting dan benda-benda tajam. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut ada disediakan di lobi. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan harta benda tersebut. Dengan itu, sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab sendiri.


10.      Perbincangan kumpulan, pertelingkahan atau mesyuarat yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain adalah dilarang.


11.      Ahli dan pelawat adalah dilarang masuk ke tempat yang dilarang atau yang bernotis “Untuk Kakitangan Sahaja” melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertugas.


12.       Pengumuman akan dibuat 15 minit sebelum masa tutup dan semua ahli dan pelawat dikehendaki meninggalkan Perpustakaan.


13.       Ahli dan pelawat adalah dilarang membawa masuk kamera, perakam video/kaset dan telefon bimbit (kecuali dimatikan).

14.      Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas keselamatan kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di Perpustakaan. Keselamatan anak-anak adalah menjadi tanggungjawab ibu/bapa/penjaga kanak-kanak tersebut.


15.      Pegawai yang bertugas berhak mengarahkan ahli atau pelawat meninggalkan Perpustakaan jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.


ETIKA BERPAKAIAN
 

Bagi menyemai peradaban masyarakat berteraskan kesopanan dan kesusilaan, semua ahli dan pelawat dilarang berpakaian seperti berikut :


§         ‘Singlet’ atau baju tidak berlengan.

§         Baju tidur

§         Seluar pendek (Dewasa)

§         Skirt pendek (Dewasa) – dibawah paras lutut

§         Seluar ketat

§         Memakai selipar

§         Memakai sebarang jenis topi

§         Pakaian yang menjolok mata atau nipis/jarang

§         Pakaian yang mengandungi tulisan yang berunsurkan provokatif dan sensitif untuk sesuatu kumpulan.


Pegawai yang bertugas berhak menghalang pengguna yang tidak memenuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan dan masuk ke Perpustakaan.

 

 

PERMOHONAN KEAHLIAN

 

1.1              Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan warganegara asing (untuk pemohon yang sedang belajar dan bermastautin tetap di Malaysia).

1.2         Borang keahlian baru disediakan di Kaunter Lobi.

1.3         Memastikan borang permohonan keahlian lengkap diisi sebelum didaftarkan ke dalam Sistem Perpustakaan.

1.4         Pemohon mestilah menyertakan salinan :-

(i) Kad Pengenalan (Dewasa).

(ii) Surat Beranak/Mykid (Kanak-Kanak).

(iii) Pas Pekerja atau surat pengesahan daripada Jabatan (Pengawai dan Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

(iv) Salinan Kad Pelajar (untuk pelajar universiti tempatan sahaja).

(v) Salinan Pasport (Warganegara Asing).

* Setiap salinan perkara di atas akan di cop sebagai kegunaan Perpustakaan Kuala Lumpur.

 

1.5  Pemohon dikehendaki membayar yuran keahlian mengikut kategori yang telah ditetapkan

1.6    Pengurusan Tertinggi, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah percuma.

1.7   Borang permohonan yang telah dilengkapkan akan diserahkan kepada Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan pengesahan dan kelulusan.

2.         PEMBAHARUAN KEAHLIAN

 

2.1     Borang pembaharuan keahlian disediakan di Kaunter Lobi.

2.2  Kakitangan akan menyemak semula borang pembaharuan keahlian tersebut dan mengemaskini jika ada pindaan.

2.3    Sertakan salinan kad pengenalan (jika perlu).

2.4   Pemohon dikehendaki membayar yuran pembaharuan keahlian yang telah ditetapkan 

 

2.5   Borang pembaharuan keahlian yang telah dilengkapkan akan diserahkan kepada Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan pengesahan dan kelulusan.

 

 

3. WAKTU PERKHIDMATAN

 

 

WAKTU PERKHIDMATANPERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

HARI

JAM

CATATAN

Isnin

2.00 ptg – 6.45 ptg

Perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur akan di tutup pada :-

Cuti Sabtu dan Ahad Minggu Pertama

Cuti Umum

Selasa hingga Jumaat

10.00 pg – 6.45 ptg

Sabtu dan Ahad

10.00 pg– 5.00 ptg

* Sistem Peminjaman dan Pemulangan akan diberhentikan 10 minit sebelum watku perkhidmatan ditutup

 

 

4.   PENGGUNAAN GELONGSOR BUKU (BOOKDROP)

 

4.1         Perkhidmatan pemulangan buku melalui mesin Gelongsor Buku (Bookdrop) dibuka setiap hari kepada ahli (termasuk cuti umum).

4.2         Sekiranya perkhidmatan pemulangan buku melalui mesin Gelongsor Buku (Bookdrop)ini mengalami masalah :-

(i) Semasa Waktu Perkhidmatan

Ahli perlu merujuk kepada kakitangan kaunter peminjaman dan pemulangan untuk tujuan pemulangan.

 

(ii) Diluar Waktu Perkhidmatan/Cuti Umum

Ahli perlu mengisi borang pemulangan bahan bacaan di Kaunter Lobi dan disahkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

 

 

5.  KEMUDAHAN LOKER

 

5.1              Waktu Penggunaan Loker

Dibuka dan ditutup mengikut waktu perkhidmatan perpustakaan iaitu :-

 

(i) Isnin                           :         2.00 ptg hingga 6.45 ptg

(ii) Selasa hingga Jumaat         :         10.00 pg hingga 6.45 ptg

(iii) Sabtu dan Ahad         :         10.00 pg hingga 5.00 ptg

 

5.2         Cara-Cara Penggunaan Loker

(i) Masukkan wang syiling RM 0.50 sahaja ditempat yang disediakan (untuk sekali penggunaan sahaja).

(ii) Masukkan barang-barang anda di dalam loker tersebut.

(iii) Semua ahli perlu mengambil barang-barang peribadi yang disimpan didalam loker sebelum perkhidmatan perpustakaan di tutup.

 

5.3         Penyimpanan Barang-Barang Yang Dilarang

(i) Barang-barang/makanan yang mudah rosak dan basah.

(ii) Barang-barang/makanan yang mengeluarkan bau.

(iii) Barang-barang yang mudah terbakar.

(iv) Barang-barang yang merbahaya.

 

5.4         Tanggungjawab Perpustakaan Kuala Lumpur

Perpustakaan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang yang disimpan di dalam loker. Pastikan barang-barang peribadi dan berharga dibawa bersama dan pastikan loker telah dikunci selepas meletakkan barang-barang.

 

5.5         Tanggungjawab Ahli Dan Pengguna Perpustakaan

(i) Pastikan barang berharga seperti kamera, telefon bimbit, dompet, komputer riba, pemain cakera padat dan lain-lain tidak ditinggalkan.

(ii) Keselamatan barang-barang adalah tanggungjawab anda.

 

5.6         Kunci Loker Hilang

  • Sekiranya kunci loker didapati hilang, pihak Perpustakaan akan mengenakan caj denda sebanyak RM 50.00 kepada ahli atau pengguna Perpustakaan dengan mengisi borang yang telah disediakan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur.
  • Kunci utama (Master Key) hanya boleh dibuka pada waktu pejabat iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

 


 

6. PAS SEMENTARA KENDERAAN AHLI

 

6.1              Pas Sementara Kenderaan ini hanya diberikan kepada ahli sahaja.

6.2         Kakitangan kaunter akan meminta nombor kad pengenalan daripada ahli untuk disemak di dalam sistem perpustakaan bagi memastikan mereka ini adalah ahli yang berdaftar. 

6.3         Penggunaan pas sementara ini hanya terhad untuk jangkamasa sehari (sepanjang waktu perkhidmatan dibuka) yang terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu :-

(i) Warna Merah – 10.00 pagi hingga 2.00 petang

(ii) Warna Kuning – 2.00 petang hingga 6.45 petang

6.4         Pemberian Pas Sementara ini kepada bukan ahli adalah dilarang.

 

 

7. PEMINJAMAN BAHAN BACAAN

 

7.1              Ahli boleh membuat pinjaman bahan bacaan melalui dua (2) cara iaitu :-

Mesin Layan Diri (Self-Check Service).

Berurusan di kaunter peminjaman dan pemulangan bahan.

7.2         Pinjaman bahan bacaan adalah mengikut kategori berikut :-

 

KATEGORI KEAHLIAN

UMUR

JUMLAH BAHAN BACAAN

Kanak-Kanak

4 – 12 Tahun

3 Buku

Dewasa

13 Tahun Keatas

3 Buku & 1 CD/DVD

Seumur Hidup

21 Tahun Keatas

5 Buku & 2 CD/DVD

 

7.3         Tempoh peminjaman adalah dua (2) minggu sahaja.

7.4         Sekiranya ahli ingin meminjam cakera padat, mereka dikehendaki mengisi borang akuan pinjaman cakera padat di Sudut Muzik dan Kesenian bagi memastikan cakera padat tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan cukup bilangannya.

7.5         Pastikan selepas proses peminjaman selesai, resit peminjaman diberikan kepada ahli untuk tujuan rekod.

7.6         Ahli Perpustakaan yang telah disenarai hitamkan, tidak dibenarkan membuat peminjaman bahan bacaan sehingga pembayaran penuh telah dijelaskan.

8.  PEMULANGAN BAHAN BACAAN

 

8.1         Ahli boleh membuat pemulangan bahan bacaan melalui dua (2) cara iaitu :-

Gelongsor Buku (Book Drop).

Berurusan di kaunter peminjaman dan pemulangan bahan.

8.2         Kakitangan bertugas hendaklah memastikan bahan-bahan bacaan yang dipulangkan oleh ahli berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi bilangannya.

8.3         Sekiranya bilangan bahan bacaan tidak mencukupi, kakitangan hendaklah memaklumkan kepada ahli bahawa ada bahan bacaan yang masih belum dipulangkan.

8.4         Sekiranya akaun peminjaman ahli terdapat denda, kakitangan bertugas dikehendaki memaklumkan kepada ahli tersebut untuk melunaskan bayaran denda tersebut.

8.5         Pastikan selepas proses pemulangan bahan bacaan selesai, resit pemulangan diberikan kepada ahli untuk tujuan rujukan jika perlu.

 

 

9. PEMBAHARUAN BAHAN BACAAN

 

9.1         Tempoh pembaharuan adalah selama dua (2) minggu. Terdapat tiga (3) cara ahli boleh membuat pembaharuan bahan bacaan :-

(i) Kaunter Peminjaman dan Pemulangan bahan bacaan

(ii) Telefon

(iii) E-mel

9.2         Pembaharuan melalui telefon dan e-mel hanya dibenarkan sekali sahaja.

9.3         Bahan bacaan yang telah tamat tempoh peminjaman tidak dibenarkan untuk dibuat pembaharuan.

9.4         Sekiranya bahan bacaan tersebut telah ditempah oleh ahli lain, pembaharuan peminjaman tidak dibenarkan sama sekali.

 

 

10. DENDA

 

10.1         Ahli akan dikenakan denda sekiranya :-

(i) Memulangkan bahan bacaan selepas tamat tempoh waktu peminjaman iaitu dua (2) minggu. Jumlah denda yang dikenakan adalah seperti berikut :-

 

BILANGAN HARI LEWAT MEMULANGKAN BAHAN BACAAN

KADAR DENDA (RM)

1 hari hingga 14 hari

0.10 sen/hari

15 hari keatas

0.20 sen/hari

 

(ii) Bahan bacaan hilang dan rosak teruk akibat kelalaian ahli, akan dikenakan denda bayaran mengikut harga bahan tersebut dan bayaran pemprosesan RM 5.00 ATAU ahli boleh menggantikan bahan bacaan yang sama termasuk dengan bayaran pemprosesan RM 5.00.

(iii) Jika buku yang hilang tiada harga di dalam Sistem, anggaran harga akan dikenakan mengikut kategori jenis buku seperti berikut :-

 

 

SINGKATAN

KETERANGAN

HARGA (RM)

A_F_BK

Adult Fiction Books

50.00

A_NF_BK

Adult Non-Fiction Books

100.00

A_REF

Adult Reference Books

150.00

Teen_Coll

Teenager’s Collection

50.00

A_Cassette

Adult Cassette

50.00

A_Audio

Adult Audio

50.00

A_Video

Adult Video

50.00

A_MUL

Adult Multimedia

50.00

C_F_BK

Children Fiction Books

50.00

C_NF_BK

Children Non-Fiction Books

50.00

C_PIC_BK

Children Picture Books

50.00

SINGKATAN

KETERANGAN

HARGA (RM)

C_REF

Children Reference

100.00

C_Audio

Children Audio

50.00

C_Video

Children Video

50.00

C_MUL

Children Multimedia

50.00

MAG_JRNL

Magazine Journal

50.00

Pamphlet

Pamphlet

20.00

VDF

Video Compact Disk Film

00.00

LDF

Laser Disc Film

00.00

C_BK_START

Children Book Start

50.00

Archive

Archive

300.00

DC_ROOM

Discussion Room

50.00

FAC_ROOM

Facilities Room

50.00

ACC_MAT

Accompany Material

50.00

 

(iv) Ahli Perpustakaan yang dikenakan bayaran denda lewat dan bayaran buku hilang (termasuk yuran pemprosesan RM 5.00), ahli diwajibkan membayar harga yang paling tinggi.

 

 

11.  SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN BILIK BACAAN

 

11.1         Ahli Perpustakaan Kuala Lumpur sahaja dibenarkan menggunakan bilik perbincangan (minima tiga (3) orang ahli).

11.2         Penggunaan bilik hanya dibenarkan untuk sesi perbincangan kecil/ulangkaji sahaja. Tidak dibenarkan meninggikan suara semasa sesi perbincangan kecil/ulangkaji berlangsung.

11.3         Kadar bayaran penggunaan bilik perbincangan adalah percuma untuk satu (1) jam pertama. Penggunaan untuk jam seterusnya ialah RM 2.00. Maksima penggunaan bilik perbincangan ialah tiga (3) jam sahaja.

11.4         Lanjutan masa dibenarkan sekiranya tiada tempahan daripada ahli Perpustakaan yang lain. Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM 2.00 untuk setiap jam yang ditempah.

 11.5         Pemantauan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup telah dikuatkuasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

11.6         Setiap ahli Perpustakaan adalah di larang melakukan sebarang perlakuan sumbang/jenayah di dalam Perpustakaan.

11.7         Pihak pengurusan berhak untuk menamatkan sesi perbincangan jika ahli gagal mematuhi syarat-syarat dan peraturan seperti yang tertera di dalam peraturan Perpustakaan.

12.  SYARAT-SYARAT AM DI SUDUT MAJALAH DAN SURAT KHABAR

 

12.1         Ahli/pengguna hanya dibenarkan mengambil senaskhah majalah/suratkhabar dalam satu-satu masa.

12.2         Kakitangan bertugas dan pengawal keselamatan berhak untuk melarang ahli/pengguna membaca lebih daripada satu (1) naskhah dalam satu-satu masa.

12.3         Ahli/pengguna hanya dibenarkan membaca majalah dan suratkhabar di Sudut Majalah dan Suratkhabar sahaja.

 

13.         SYARAT-SYARAT AM DAN PENGGUNAAN/PEMINJAMAN BAHAN AUDIO VISUAL DI KAUNTER MUZIK DAN KESENIAN

 

13.1         Ahli yang ingin mendengar lagu dan menonton filem/dokumentasi di ruang yang telah disediakan di Sudut Muzik dan Kesenian perlu meninggalkan pengenalan diri atau lesen memandu kepada kakitangan bertugas.

13.2         Jika terdapat masalah seperti komputer/bahan audio visual tidak berfungsi, ahli dikehendaki melaporkan kepada kakitangan bertugas untuk tindakan susulan.

13.3         Sekiranya ahli ingin meminjam bahan audio visual, mereka dikehendaki mengisi borang akuan pinjaman bahan audio visual di Sudut Muzik dan Kesenian setelah memastikan bahan audio visual tersebut berada di dalam keadaan yang baik.

13.4         Kakitangan/pengawal keselamatan berhak untuk memeriksa ahli yang membawa beg/bakul sebelum meninggalkan Sudut Muzik dan Kesenian/Perpustakaan.

 

 

14. KADAR BAYARAN PENGGUNAAN INTERNET

 

KATEGORI

PENGGUNAAN

JUMLAH (RM)

AHLI

1 Jam Pertama

Percuma

Setiap tambahan Jam

1.00

BUKAN AHLI

1 Jam Pertama

2.00

Setiap tambahan Jam

1.50

 

 

15.         KADAR BAYARAN CETAKAN DAN FOTOKOPI

 

KATEGORI

PENGGUNAAN

JUMLAH

(RM)

Cetakan

1 Helai Kertas

RM 0.50

Fotokopi (Saiz A4)

1 Helai Kertas

RM 0.10 (ahli)

RM 0.20 (bukan Ahli)

Fotokopi (Saiz A3)

1 Helai Kertas

RM 0.30 (ahli)

RM 0.50 (bukan Ahli)

 

 

16.         PENGGUNAAN INTERNET DAN LAPTOP

 

16.1         Ahli/pengguna Perpustakaan dibenarkan menggunakan Internet dan laptop hanya di Sudut Internet dan Rujukan Aras 2 sahaja.

16.2         Hanya ahli sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan punca kuasa elektrik yang telah disediakan oleh pihak Perpustakaan. Pas sementara akan diberikan kepada ahli yang ingin menggunakan punca kuasa elektrik setelah mendapat kebenaran daripada kakitangan bertugas.

16.3         Bukan ahli Perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan punca kuasa elektrik Perpustakaan.

16.4         Melayari Internet untuk tujuan pronografi, provokasi dan lain-lain penyalahgunaan yang seumpamanya adalah dilarang.Kakitangan bertugas dan Pengawal Keselamatan berhak menghalang ahli/pengguna daripada terus menggunakan perkhidmatan Internet di dalam Perpustakaan ini.

 

 

17. BAHAN RUJUKAN

 

17.1         Ahli/pengunjung hanya dibenarkan merujuk bahan rujukan di Aras 2 sahaja.

17.2         Bahan-bahan rujukan adalah tidak dibenarkan untuk tujuan peminjaman.

17.3         Ahli/pengguna yang ingin membuat salinan Bahan Rujukan, mesin fotokopi juga telah disediakan di Aras 2.

 

18. PENGGUNAAN/SEWAAN KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

 

           18.1  Maklumat Umum

 Tempahan Auditorium/Bilik/Dewan seperti Dewan Orkid, Dewan Mawar, Bilik Melur 1, Bilik Melur 2, Bilik Aktiviti Perpustakaan Kanak-Kanak, dan Bilik ICT dibuka kepada Jabatan-Jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga organisasi luar sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta. Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah berbentuk seminar, ceramah, bengkel atau mesyuarat. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan.

18.2     Peraturan

 (i) Penganjur dikehendaki menghubungi Pegawai Perpustakaan Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan kekosongan tempat.

(ii) Surat Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis sekurang kurangnya (30 hari) sebelum sesuatu acara hendak dijalankan. Permohonan dalam tempoh yang lebih singkat boleh juga dipertimbangkan tertakluk kepada keadaan dan jenis acara berkenaan.

(iii) Surat Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :-          

Pengarah

Perpustakaan Kuala Lumpur

No. 1 Jalan Raja 50050 Kuala Lumpur

Tel : 03-2612 3500 Faks : 03-2693 7313

(iv) Sekiranya Tempahan Kemudahan dikenakan bayaran, kakitangan akan menghubungi pemohon untuk membuat bayaran terlebih dahulu mengikut kaedah pembayaran iaitu :-

 

Tunai di Kaunter Jabatan Kewangan, Aras bawah, Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Cek atas nama Bendahari Bandaraya (Bank Muamalat : 1406-0002462-71-1).

Waktu pembayaran adalah pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja.

(v) Pembayaran kadar sewaan perlu dijelaskan satu (1) minggu dari tarikh penggunaan.

(vi) Penganjur perlu mengemukakan Insuran Perlindungan Barang (Jika Perlu) semasa persiapan dijalankan.

(vii) Sesuatu penggunaan itu hendaklah tidak melampaui masa yang dibenarkan seperti dalam surat kelulusan.

(viii) Pegawai Perpustakaan Kuala Lumpur boleh pada bila-bila masa memasuki Auditorium/Dewan/Bilik bagi tujuan pemantauan aktiviti.

(ix) Hanya Urusetia dibenarkan meletakkan kenderaan di Dataran Perpustakaan Kuala Lumpur.

(x) Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur perlu dimaklumkan lebih awal jika ada pembatalan atau sebarang pindaan dari segi tarikh, masa dan susunan acara yang akan diadakan. Sekiranya tempahan dibatalkan, bayaran yang dibuat tidak boleh dituntut kembali.

(xi) Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur juga berhak menarik balik kebenaran yang diluluskan tanpa memberi alasan atau amaran terlebih dahulu. Perpustakaan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab menanggung kos/ kerugian

(xii) semasa program berlangsung.

(xiii) Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur berhak membuat pindaan terhadap peraturan ini dari semasa ke semasa.

 

18.3 Larangan

(i) Pengguna adalah tidak dibenarkan :-

 

Memaku lantai/dinding di persekitaran pentas sama ada pembinaan set atau sebagainya.

Mengecat lantai pentas.

Mengendalikan peralatan lampu dan sistem pembesar suara serta lain-lain sistem keselamatan Auditorium/Dewan/Bilik.

Menjual makan dan minum kepada orang ramai di dalam premis.

Menampal poster dan menggantung hiasan pada dinding.

          

         18.4 Am

 

Penganjur bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan, baik semasa persiapan tapak, semasa acara berjalan dan semasa pengemasan selepas selesai acara.

Penganjur adalah bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan, kecacatan perabot dan peralatan yang digunakan. Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur akan menuntut gantirugi dari pihak penganjur mengikut harga semasa barangan tersebut.

Tiada sebarang ganti rugi boleh dituntut daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Denda akan dikenakan sebanyak RM 100 sekiranya penganjur tidak menjaga kebersihan