LAMAN UTAMA      KOLEKSI      PERKHIDMATAN      KEMUDAHAN      SOALAN LAZIM      PETA LAMAN      HUBUNGI KAMI    

KOLEKSI PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

 

 

       Perpustakaan Kuala Lumpur menawarkan pelbagai bahan maklumat dalam bentuk bercetak, digital, audio visual dan sebagainya bagi memenuhi tuntutan pencarian maklumat bagi ahli-ahlinya. Bahan monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.


Koleksi Monograf (AM)

Koleksi Monograf ditempatkan di tingkat 1 dan tingkat 2, bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Kanak Kanak. Ia terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia secara keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Pihak perpustakaan menggunakan beberapa simbol untuk koleksi iaitu LC (Lincoln Corner), R (Reference), KL (Kuala Lumpur Collection) dan R (Reference)

 

Koleksi Perniagaan dan Ekonomi



Bahagian ini menawarkan bahan bahan bacaan yang berkaitan dengan Perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara. Beberapa pangkalan data juga ditawarkan di bahagian ini. Ianya boleh diakses di tingkat 1, Perpustakaan Kuala Lumpur.

 

Koleksi Muzik dan Kesenian

 


 

Bahagian ini menawarkan bahan bacaan dan rujukan yang berkaitan dengan bidang muzik dan kesenian. ia merangkumi penulisan muzik, seni persembahan, bermain alatan muzik dan sebagainya. Terdapat juga koleksi cakera padat yang terdiri daripada filem dan muzik dari pelbagai jenis. Ianya boleh diakses di Tingkat 2, Perpustakaan Kuala Lumpur.

 

Koleksi Majalah dan Suratkhabar

Bahagian ini menawarkan pelbagai pilihan majalah untuk ahli perpustakaan. Ianya boleh dibaca di ruang yang disediakan. Ruangan ini amat selesa dan nyaman. Ahli perpustakaan juga boleh mendapatkan suratkhabar terkini untuk bacaan umum. Jika pengguna perlukan majalah dan suratkhabar yang lama, bolehlah memohon di kaunter majalah. Bahan ini boleh diakses di tingkat 1, Perpustakaan Kuala Lumpur.


 

Koleksi Rujukan

Pihak perpustakaan menawarkan pelbagai buku buku rujukan untuk pengguna. Bahan bahan ini boleh diakses di tingkat 2. Untuk makluman semua, bahan rujukan ini tidak boleh dipinjam namun ianya masih boleh diakses. Ruangan bacaan yang nyaman dan selesa disediakan.  Satu rak buku buku rujukan peperiksaaan SPM dan STPM  juga disediakan. Bahan ini boleh digunakan oleh para pelajar yang datang ke perpustakaan. Bahan-bahan ini sentiasa akan dikemaskinikan agar para pelajar akan mendapat bahan yang terkini dan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan pada masa akan datang.


Koleksi Khas Kuala Lumpur

Koleksi Kuala Lumpur merupakan satu koleksi khas yang diusahakan oleh pihak perpustakaan. Bahan bahan yang terdapat di dalam koleksi ini adalah bahan yang berkaitan dengan Kuala Lumpur serta bahan yang berkaitan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Antara bahan yang ditawarkan di bahagian ini adalah seperti buku, majalah, keratan akhbar, risalah, kertas kerja, gambar serta pelbagai lagi. Bahan-bahan ini hanya boleh diakses di dalam bilik koleksi khas Kuala Lumpur sahaja. Ianya tidak dibenarkan untuk dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.

 

 

Sudut Lincoln

Sudut ‘Lincoln’ adalah satu koleksi khas yang menawarkan maklumat tentang Amerika Syarikat yang disediakan kepada perpustakaan negeri di seluruh Malaysia.  Maklumat yang ditawarkan adalah berkaitan dengan peluang perniagaan dan pendidikan di Amerika Syarikat , sejarah, budaya , tips perjalanan,dan topik lain untuk menggalakkan persefahaman dan hubungan yang lebih kukuh di antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Disudut ini bahan bahan seperti majalah, buku serta cakera padat ditawarkan kepada pengguna perpustakaan. Bahan ini boleh dipinjam dan dijadikan bahan rujukan. Sudut ini boleh didapati di tingkat 2, Perpustakaan Kuala Lumpur.

Bahagian Kanak-Kanak

Perpustakaan Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan bahan bacaan dan rujukan untuk kanak-kanak. Sebuah bangunan perpustakaan kanak-kanak disediakan untuk tujuan ini. Didalam perpustakaan kanak-kanak ini, terdapat pelbagai bahan bacaan dan rujukan disediakan antaranya buku cerita, buku pengatahuan am, buku bersaiz besar, buku untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun (Book Start), komputer serta cakera padat untuk kanak-kanak.


PEMANDANGAN DI PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR