KOLEKSI TERKINI

 

 

KOLEKSI GAMBAR BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

 

 

 

 

 

KOLEKSI DIGITAL PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

 

 

 

   Program "KLHistory@ Perpustakaan Kuala Lumpur kini menawarkan pelbagai bahan bahan rujukan di dalam bentuk digital. Apakah itu digital? Digital bermaksud bahan ini telah ditukarkan kedalam bentuk elektronik dimana ianya boleh dibaca atau diakses melalui atas talian ataupun media elektronik lain seperti komputer, PDA, Tablet, Telefon dan sebagainya.

    Bagi tujuan tersebut satu unit telah ditubuhkan iaitu Unit Koleksi Khas Kuala Lumpur. Unit ini berfungsi untuk mencari, mengumpul, memelihara serta menyimpan bahan bahan terpilih yang berkaitan dengan Kuala Lumpur amnya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur khususnya. Antara bahan bahan yang telah dikumpulkan adalah seperti gambar, thesis, kertas kerja, keratan akhbar, buku dan peta. Unit ini dengan kerjasama Bahagian Teknikal dan Promosi, Perpustakaan Kuala Lumpur, telah menjalankan kerja kerja mendigitalkan bahan bahan yang telah dipilih di dalam koleksi Khas Kuala Lumpur ini.

Di dalam projek ini, satu terminal Kios telah disediakan bagi memudahkan pengguna perpustakaan mengakses koleksi digital perpustakaan terutamanya koleksi GAMBAR KUALA LUMPUR.

    Selepas mengakses bahan di terminal, pengguna boleh melihat bahan bahan yang disediakan, di Unit Koleksi Khas Kuala Lumpur di Aras 2, Perpustakaan Kuala Lumpur.

 


Unit ini juga menyediakan sistem carian bahan digital. Untuk menggunakan sistem ini , sila ikuti langkah langkah berikut :


1. Log masuk ke Laman Web Perpustakaan Kuala Lumpur.


2. Di bahagian tengah laman web, tertera satu ruang untuk membuat carian seperti gambar di bawah :

 

3. Isikan butir butir carian di bahagian (A)

    Contoh " Bangunan Sultan Abdul Samad"

4. Tekan anak panah ke bawah dan pilih "Asset Search" (B)

5. Tekan perkataan "Search" untuk mulakan carian. (C)

6. Berikut adalah hasil carian yang telah dijalankan :

  • Gambar bahan yang dicari (A). Klik pada gambar untuk besarkan gambar tersebut.
  • Maklumat mengenai gambar tersebut ( B)
  • Format gambar (C)
  • Cadangan untuk carian terperinci.(D)

 

7. Pilih bahan yang anda perlukan.

8. Berikut adalah paparan untuk pilihan anda.

  • Klik gambar untuk besarkan gambar tersebut(A)
  • Maklumat mengenai bahan yang telah dipilih.(B)
  • Data Identifier - salin nombur ini untuk kegunaan jika ingin melihat gambar secara fizikal.(C)
  • Maklumat ini boleh dicetak atau dihantar ke email.(D)