GAMBAR RUANG YANG DISEDIAKAN

 

 

AUDITORIUM ELYAS OMAR

 

DEWAN ORKID

 

BILIK MELUR 1

 

BILIK MELUR 2

 

DEWAN MAWAR



    LAMAN UTAMA      KOLEKSI      PERKHIDMATAN      KEMUDAHAN      SOALAN LAZIM      PETA LAMAN      HUBUNGI KAMI    


tempahan ditutup


KEMUDAHAN RUANG YANG DITAWARKAN

Perpustakaan Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatam sewaan Bilik/ Dewan / Auditorium kepada agensi kerajaan dan swasta dengan harga berpatutan. Berikut disenaraikan kadar sewaan bagi setiap kemudahan bilik .

 

RUANG
KELUASAN
(skp)
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
SEWAAN SATU HARI
SEWAAN SEPARUH HARI
(RM)
TAMBAHAN  PER/JAM
Auditorium 2,097
  • PA Sistem
  • Rostrum
  • Tempat Duduk(146 orang)
  • Layar Putih (Tayangan Video)
2,000.00 1,000.00

300.00

Dewan Orkid

(Dewan Serbaguna)

3,068
  • Kerusi Banquet
  • Meja Bulat
  • Rostrum
  • Layar Putih ( Tayangan Video)
  • Muatan : 80-100 orang.
900.00 450.00 100.00
Bilik Melur 1 1,312
  • Meja Seminar
  • Kerusi & Meja
  • Layar Putih
  • Rostrum
  • Muatan: 25 Orang (1 Bilik)
300.00 150.00 50.00
Bilik Melur 2 1,312
  • Meja Seminar
  • Kerusi & Meja
  • Layar Putih
  • Rostrum
  • Muatan: 25 Orang (1 Bilik)
300.00 150.00 50.00
Dewan Mawar 2,097
  • Kerusi & Meja
  • PA. Sistem
  • Layar Putih ( Tayangan Video)
  • Rostrum
  • Muatan: 50 orang
500.00 250.00 50.00

* Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur boleh membuat sebarang perubahan harga sewaan pada bila-bila masa mengikut kelulusan Pengurusan DBKL tanpa memaklumkan mana-mana pihak terlebih dahulu.

 

UNIT TEMPAHAN

UNIT TEMPAHAN RUANG ATAU PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

Nama
No TelefonEmail

En. Mohamad Nazrin bin Abdul Aziz

03 2612 3500 / 3558

kllibrary@dbkl.gov.my
     
PERATURAN PENGGUNAAN / SEWAAN RUANG

MAKLUMAT UMUM

- Tempahan Auditorium / Bilik / Dewan seperti Dewan Orkid, Dewan Mawar, Bilik Melur 1 dan 2, Bilik Aktiviti Perpustakaan Kanak Kanak dan bilik ICT dibuka kepada Jabatan-Jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga organisasi luar sama ada agensi kerajaan  mahupun swasta.

- Aktiviti- aktiviti yang dibenarkan adalah berbentuk seminar, ceramah, bengkel atau mesyuarat, aktiviti- aktiviti yang menyalahi undang undang adalah tidak dibenarkan. Pihak Perpustakaan Kuala Lumpur  dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur BERHAK UNTUK MEMBATALKAN apa jua aktiviti yang difikirkan tidak bersesuaian diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur.

- Penyewa / pengguna dikehendaki menghubungi Pegawai Perpustakaan Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan kekosongan tempat.

- Surat pemohonan hendaklah dibuat secara bertulis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum sesuatu acara hendak dijalankan. Permohonan dalam tempoh yang lebih singkat akan dipertimbangkan tertakluk kepada keadaan dan jenis acara berkenaan.

- Surat pemohonan hendaklah dikemukakan kepada :

Ketua Bahagian

Perpustakaan Kuala Lumpur

No 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur

Tel: 03-26123500

Fax : 03- 2693 7313

- Penyewa / pengguna perlu mengemukakan Insuran Perlindungan Barangan (jika perlu) semasa persiapan dijalankan.

- Setiap aktiviti yang dijalankan tidak boleh melebihi had masa yang telah dipersetujui / tertera di dalam surat kelulusan.

- Pegawai Perpustakaan Kuala Lumpur boleh pada bila-bila masa memasuki Auditorium / Dewan/ Bilik bagi tujuan pemantauan aktiviti.

- Hanya urusetia dibenarkan meletakkan kenderaan di persekitaran Dataran Perpustakaan Kuala Lumpur.

- Perpustakaan Kuala Lumpur perlu dimaklumkan lebih awal jika ada sebarang pembatalan atau sebarang pindaan dari segi tarikh, masa dan susunan acara yang akan diadakan.

- Perpustakaan Kuala Lumpur juga berhak menarik balik kebenaran yang diluluskan tanpa memberi alasan atau amaran terlebih dahulu.  Perpustakaan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab menanggung kos/ kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak akibat penarikan balik kebenaran tersebut.

- Perpustakaan Kuala Lumpur berhak membuat pindaan terhadap peraturan ini dari masa ke semasa.

- Penyewa/ pengguna adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sebelum dan selepas acara berlangsung.

- Penyewa / pengguna adalah bertanggungjawab keatas kehilangan, kerosakan, kecatatan perabot dan peralatan yang digunakan. Perpustakaan Kuala Lumpur berhak untuk menuntut gantirugi dari pihak penyewa / pengguna sekiranya berlaku pekara tersebut.

- Perpustakaan Kuala Lumpur bagi pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur TIDAK akan bertanggungjawab  untuk sebarang kecuaian di pihakpenyewa/ pengguna semasa menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

LARANGAN

- Penyewa / pengguna TIDAK DIBENARKAN:

* Memaku lantai / dinding / siling atau persekitaran pentas sama ada untuk pembinaan set atau sebagainya.

* Mengecat lantai pentas.

* Mengendalikan sendiri peralatan lampu dan sistem suara serta lain-lain sistem keselamatan Auditorium / Dewan / Bilik.

* Menjual makanan dan minuman kepada orang ramai di dalam permis.

* Menampal poster dan menggantung hiasan dinding.