LAMAN UTAMA KOLEKSI PERKHIDMATAN KEMUDAHAN SOALAN LAZIM PETA LAMAN HUBUNGI KAMI
F.A.Q |
1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan Kuala Lumpur dan cawangannya?
Waktu perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur serta cawangannya adalah seperti berikut:
HARI |
WAKTU PERKHIDMATAN |
Isnin |
Tutup |
Selasa – Jumaat |
10.00 pagi – 6.45 petang |
Sabtu & Ahad |
10.00 pagi – 5.00 petang |
|
|
PERKHIDMATAN DITUTUP |
|
Sabtu & ahad minggu pertama setiap bulan |
|
Cuti Am |
Catatan : Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Kuala Lumpur tertakluk kepada pindaan.
2. Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan dan berapakah kadar bayaran yang dikenakan?
· Keahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah terbuka kepada mereka yang berumur 4 tahun keatas dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kawasan berhampiran.
· Berikut adalah kategori keahlian dan kadar bayaran yang dikenakan.
BIL |
KATEGORI |
HAD UMUR |
PENDAFTARAN (RM) |
YURAN TAHUNAN (RM) |
1 |
Kanak- Kanak |
4-12 tahun |
- |
- |
2 |
Dewasa |
13 Tahun Ke Atas |
- |
- |
|
3. Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?
Kadar pinjaman bahan perpustakaan adalah seperti berikut :
KATEGORI |
BAHAN PINJAMAN |
Kanak Kanak |
3 buah buku sahaja |
Standard |
3 Buah buku / 2 Buah buku + 1 CD |
Seumur Hidup |
7 Buah buku |
· Tempoh pinjaman bahan adalah selama 14 HARI SAHAJA
· Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan melalui kaunter,panggilan telefon dan laman web.
· Ianya hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh empat belas (14) hari sahaja.
· Pembaharuan melalui telefon dibenarkan dengan syarat tempoh pinjaman belum melepasi tarikh tamat pinjaman dan tiada rekod denda dikenakan.
4. Sekiranya saya lewat memulangkan buku, berapa kadar bayaran yang akan dikenakan?
· Bagi kelewatan memulangkan bahan perpustakaan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
o 1 Hari - 14 Hari : RM0.10 sehari/ naskah (Tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu)
o 15 Hari ke atas : RM0.20 sehari/ naskah (Tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu)
5. Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di perpustakaan Kuala Lumpur, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur?
· Buat masa sekarang semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan dimana buku/ bahan tersebut dipinjam sahaja.
6. Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?
· Pengguna boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui gelongsor pemulangan buku (book drop) yang disediakan diruang lobi perpustakaan. Perkhidmatan kotak pemulangan buku hanya terdapat diperpustakaan Kuala Lumpur (Dataran Merdeka) sahaja, buat masa ini.
7. Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?
· Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan kemudahan Komputer Berinternet di Tingkat 2. Pengguna boleh mengakses internet atau membuat tugasan individu. Penggunaan komputer ini ini tertakluk kepada syarat-syarat dan kadar bayaran yang telah ditetapkan
8. Adakah Perpustakaan Kuala Lumpur menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?
· Perpustakaan Kuala Lumpur ada menyediakan kemudahan tersebut. Berikut adalah maklumat mengenai dewan serta bilik untuk disewa :
BIL |
DEWAN/ BILIK |
KAPASITI |
1 |
Dewan Mawar |
55 orang |
2 |
Dewan Orkid |
80 – 100 orang |
3 |
Bilik Melur 1 dan 2 |
25 orang /bilik |
4 |
Auditorium |
148 orang |
5 |
Bilik Perbincangan (1,2 &3) |
4-6 orang |
6 |
Galeri |
300 orang |
· Sila hubungi pihak perpustakaan untuk mendapatkan kadar bayaran setiap bilik.
Hubungi kami |
Perpustakaan Kuala Lumpur
No. 1,
Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur.
Talian Am: +603 2612 3500
Faks: +603 2693 7313
E-mel: kllibrary@dbkl.gov.my
Laman Web: http://kllibrary.dbkl.gov.my