LAMAN UTAMA      KOLEKSI      PERKHIDMATAN      KEMUDAHAN      SOALAN LAZIM      PETA LAMAN      HUBUNGI KAMI    

PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

 

 

 

 

      Selaras dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menubuhkan Perpustakaan Kuala Lumpur untuk dimanfaatkan oleh semua wargakota. Berbagai bahan maklumat dalam bentuk bercetak, digital, audio visual dan sebagainya disediakan bagi memenuhi tuntutan pencarian maklumat dan ilmu ahli-ahlinya. Perpustakaan Kuala Lumpur juga mempunyai sembilan (9) buah Perpustakaan Cawangan dan sebuah Perpustakaan Jabatan yang sedang beroperasi bagi memenuhi keperluan wargakota dalam mencari maklumat dan ilmu. Kesemua perpustakaan ini turut memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

 

Perpustakaan Kuala Lumpur bermula dengan nama Pustaka Peringatan Kuala Lumpur pada tahun 1989. Kini dengan bangunan baru perkhidmatan yang lebih berkesan dengan teknologi terkini akan memberi lebih kepuasan dalam mencari ilmu pengetahuan kepada warga kota.

 

Bangunan ini mengandungi Mini Auditorium, Dewan Persidangan, Dewan Pelbagai Guna, Bilik-Bilik Latihan, dua (2) buah Galeri Pameran, Kemudahan Internet, Bahan Bahan Bacaan dan Rujukan dalam bentuk digital selain dari bahan bercetak untuk memberi kelebihan mengakses maklumat dari sumber yang pelbagai dan menggunakan teknologi terkini.

               

VISI , MISI DAN OBJEKTIF PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

VISI                                                    

Menawarkan perkhidmatan bermaklumat bagi mencapai keperluan di dalam pendidikan, maklumat, kebudayaan serta rekreasi dan mempertingkatkan kualiti dalam kehidupan di Bandar.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap, moden dan mesra untuk semua wargakota setanding dengan perpustakaan-perpustakaan terbaik di dunia.


WAWASAN /OBJEKTIF

Perpustakaan sebagai penggerak masyarakat berilmu bagi merealisasikan Dasar Wawasan Negara.

 

 


PETA GOOGLE


View Larger Map

Hubungi kami

 

Perpustakaan Kuala Lumpur
No. 1,
Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur.

Talian Am: +603 2612 3500
Faks: +603 2693 7313
E-mel: kllibrary@dbkl.gov.my
Laman Web: http://kllibrary.dbkl.gov.my